Surah-surah yang sudah dibukukan
Tafsir Quran Tok Guru Nik Aziz sangat bernilai tinggi.
Ia melalui bukan sekadar proses menulis & semakan editor.
Proses bermula dengan mengumpulkan semua audio kaset kuliah Tok Guru semasa beliau masih hidup.
Maksudnya, kitab ini dihasilkan selepas Tok Guru meninggal dunia. Hanya rakaman audio dari kaset-kaset lama menjadi rujukan.
Mengumpulkan kaset yang masih elok, boleh didengar semula, inilah proses paling sukar. Ia tidak lagi dijual di kedai-kedai. Ia perlu dicari dari pemilik koleksi kaset-kaset ceramah Tok Guru.
Para penyunting perlu mendengar semula setiap kaset dengan teliti & menulis semula setiap butir ayat yang disyarahkan oleh Tok Guru Nik Aziz.
Transkripsi tersebut akan diedit dan disusun supaya dapat dibaca dan difahami oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia
Terdapat perkataan Kelantan yang dikekalkan bagi mengekalkan ucapan asal kemudian diletakkan maksud bagi setiap perkataan tersebut untuk memudahkan mereka yang bukan dari Kelantan untuk memahaminya.
Notakaki berkaitan hadis-hadis, informasi dan makna perkataan yang dipetik oleh Tok Guru kemudiannya akan diletakkan untuk memberi maklumat tambahan kepada pembaca dan dijadikan rujukan.
Seronok baca, terbayang muka tok guru, sampai ke hati
Huraian mudah difahami dan dikaitkan dengan isu semasa. Seronok membaca. Rasa macam sedang berkuliah dengan Tok Guru.
Macam dengar suara Arwah Tok Guru
Risau tak terima parcel? Jangan bimbang, kami sediakan perkhidmatan COD (Cash On Delivery) untuk mudahkan urusan anda.
Alim Rabbani Trading & Distribution Sdn Bhd
S-03-10 Emporis Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
03-7663 3112
011-1968 9509
admin@tafsirtgnikaziz.com